Showing posts with label rencana. Show all posts
Showing posts with label rencana. Show all posts

Monday, April 20, 2009

FOKUS KEPADA STUDY

slm, ape kbr semue??? hrp2 sihat selalu, baru2 ni, saya boleh katakan sibuk skit, xsempat nk posting blog, skrg dh nk masuk musim peperiksaan, xlame dh tu, jadual exam dh kuor, start 18 / 5 / 09, jd skrg memang kene buat persediaan yg mantap lah, utk senang mase jwb pkse nanti,so di kesempatan ini, saya mengajak sahabat2 semua, jom kita pakat study sungguh2, struggle !!!, jgn lupa jasa ibu bapa, kn3???

Di kesempatan ini juga,saya nk minta maaf banyak2 kepada sahabat2 sekalian, sekiranya ada salah silap selama ini, terambil barang2 xkabo, termengata , tersingung dan sebagainya, harap maaf dari hujung kaki sampai hujung rambut... kire 0 - 0 neh... ;-) kalau ade yang xpuas hati tu, harap2 puas hati lah ye... dengan ini, sukalah saya nk deklamasikan sebuah serangkap pantun untuk semua...

kalau ada jarum yang patah,
jangan simpan dalam hati,
kalau ada silap dan salah,
jangan simpan dalam hati.

Untuk akhirnya, saya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada sahabat2 sekalian, kerana sudi untuk view my blog, kalau ade yang xkene tu, jangan segan2 nak menegur, tapi kene tegur dengan cara yang berhikmah dan bijak, supaya orang dapat terima dengan baik...

Doakan agar kita sama-sama berjaya dengan cemerlang, amin,... ;-)

Saturday, February 28, 2009

Khalifah Umar bin Abdul Aziz

Kedudukan beliau:

Salah seorang Tabiin yang terhormat. Beliau digelarkan dengan gelaran Khulafa' Ar-Rasyidin yang kelima kerana beliau memerintah sama sebagaimana pemerintahan Khulafa' Ar-Rasyidin.
Beliau memegang teraju pemerintahan selepas Sulaiman bin Abdul Malik. Muhammad bin Ali bin Al-Husin rahimahullah berkata tentang beliau: "Kamu telah sedia maklum bahawa setiap kaum mempunyai seorang tokoh yang menonjol dan tokoh yang menonjol dari kalangan Bani Umaiyyah ialah Umar bin Abdul Aziz, beliau akan dibangkitkan di hari kiamat kelak seolah-olah beliau satu umat yang berasingan."

Kehidupan beliau menuntut ilmu:

Umar bin Abdul Aziz menuntut ilmu sejak beliau masih kecil, beliau sentiasa berada di dalam majlis ilmu bersama-sama dengan orang-orang yang pakar di dalam bidang fekah dan juga ulama-ulama. Di dalam usia beliau, beliau pernah memegang teraju pemerintahan di Madinah beberapa ketika.

Pelantikan beliau sebagai Khalifah:

Beliau dilantik menjadi Khalifah selepas kematian Sulaiman bin Abdul Malik tetapi beliau tidak suka kepada pelantikan tersebut. Lalu beliau memerintahkan supaya memanggil orang ramai untuk mendirikan sembahyang. Selepas itu orang ramai mula berpusu-pusu pergi ke masjid. Apabila mereka semua telah berkumpul, beliau bangun menyampaikan ucapan. Lantas beliau mengucapkan puji-pujian kepada Allah dan berselawat kepada Nabi s.a.w kemudian beliau berkata: "Wahai sekalian umat manusia! Aku telah diuji untuk memegang tugas ini tanpa meminta pandangan daripada aku terlebih dahulu dan bukan juga permintaan daripada aku serta tidak dibincangkan bersama dengan umat Islam. Sekarang aku membatalkan baiah yang kamu berikan kepada aku dan pilihlah seorang Khalifah yang kamu reda. Tiba-tiba orang ramai serentak berkata: Kami telah memilih kamu wahai Amirul Mukminin dan kami juga reda kepada kamu. Oleh yang demikian perintahlah kami dengan kebaikan dan keberkatan. Lalu beliau berpesan kepada orang ramai supaya bertakwa, zuhud kepada kekayaan dunia dan mendorong mereka supaya cintakan akhirat kemudian beliau berkata pula kepada mereka: "Wahai sekalian umat manusia! Sesiapa yang taat kepada Allah, dia wajib ditaati dan sesiapa yang tidak taat kepada Allah, dia tidak wajib ditaati oleh sesiapapun. Wahai sekalian umat manusia! Taatlah kamu kepada aku selagi aku taat kepada Allah di dalam memimpin kamu dan sekiranya aku tidak taat kepada Allah, janganlah sesiapa mentaati aku". Setelah itu beliau turun dari mimbar.
Peristiwa yang berlaku di antara beliau dengan anak beliau semasa memegang teraju pemerintahan:

Umar pulang ke rumah kemudian beliau masuk ke tempat tidurnya. Sebelum sempat beliau membaringkan badan, tiba-tiba anaknya Abdul Malik masuk berjumpa dengan beliau. Pada masa tersebut anak beliau berumur 17, kemudian anak beliau berkata: "Apakah yang kamu ingin lakukan wahai Amirul Mukminin?" Lalu Umar menjawab: "Anakku! Aku ingin menghilangkan kepenatan seketika kerana aku terasa terlalu letih." Selepas itu Abdul Malik berkata: "Kamu ingin menghilangkan kepenatan sebelum kamu mengembalikan barang-barang yang diambil secara zalim kepada pemilik asalnya, wahai Amirul Mukminin?" Lantas Umar menjawab: "Anakku! Kelmarin aku telah berjaga malam untuk menyelesaikan permasalahan yang berkaitan dengan bapa saudara kamu, Sulaiman, nanti apabila tiba waktu Zuhur, aku akan mendirikan sembahyang bersama-sama dengan orang ramai dan Insya Allah aku akan mengembalikan barang-barang yang diambil secara zalim kepada pemilik asalnya." Seterusnya Abdul Malik berkata lagi: "Siapakah yang dapat menjamin bahawa kamu akan terus hidup sehingga ke waktu Zuhur, wahai Amirul Mukminin?!" Mendengar kata-kata tersebut Umar terus bangkit lalu beliau cium dan peluk anaknya kemudian beliau berkata: "Segala puji bagi Allah yang telah melahirkan seorang anak dari tulang salbi aku yang boleh membantu aku di dalam perkara agama aku." Setelah itu beliau memerintahkan supaya memanggil orang ramai dengan berkata: "Sesiapa yang barang-barang mereka pernah diambil secara zalim, sila laporkan." Kemudian Umar mengembalikan barang-barang yang diambil secara zalim kepada pemilik asalnya"

Keadilan beliau:

Umar rahimahullah pernah menghimpunkan sekumpulan ahli fekah dan ulama kemudian beliau berkata kepada mereka: "Aku menghimpunkan kamu semua untuk bertanya pendapat tentang perkara yang berkaitan dengan barangan yang diambil secara zalim yang masih berada bersama-sama dengan keluarga aku?" Lalu mereka menjawab: "Wahai Amirul Mukminin! Perkara tersebut berlaku bukan pada masa pemerintahan kamu dan dosa kezaliman tersebut ditanggung oleh orang yang mencerobohnya." Walau bagaimanapun Umar tidak puas hati dengan jawapan tersebut sebaliknya beliau menerima pendapat daripada kumpulan yang lain termasuk anak beliau sendiri Abdul Malik yang berkata kepada beliau: "Aku berpendapat bahawa ia hendaklah dikembalikan kepada pemilik asalnya selagi kamu mengetahuinya. Sekiranya kamu tidak mengembalikannya, kamu akan menanggung dosa bersama-sama dengan orang yang mengambilnya secara zalim." Umar berpuas hati mendengar pendapat tersebut lalu beliau mengembalikan semula barangan yang diambil secara zalim kepada pemilik asalnya.

Kematian beliau:

Pemerintahan beliau hanya berjalan selama beberapa ketika iaitu tidak melebihi dua tahun setengah sahaja. Kemudian beliau meninggal dunia kerana akibat konspirasi yang dirancang oleh musuh2 islam iaitu beliau diracun melalui makanan,dan beliau kembali kepada Tuhannya dalam keadaan berlaku adil kepada rakyatnya dengan menjalankan pemerintahan sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah s.w.t.

Saturday, February 14, 2009

Satelit Rusia, AS bertembung



WASHINGTON - Satelit komunikasi persendirian yang dimiliki Amerika Syarikat (AS) bertembung dengan satelit tentera Rusia dan merupakan kemalangan buruk pertama yang berlaku di angkasa lepas, kata jurucakap tentera AS, kelmarin.

Kemalangan di atas ruang udara utara Artik Rusia itu membabitkan satelit kepunyaan Satelit Iridium LLC dan satelit komunikasi Rusia, kata Kolonel Angkatan Udara, Les Kodlick dari Markas Strategik AS.

“Kami percaya ia merupakan kali pertama dua satelit bertembung di orbit,” katanya.

Menurut Kodlick, pertembungan tersebut berlaku sekitar 780 kilometer di garisan altitud Siberia yang dilalui satelit untuk memantau keadaan cuaca, melaksanakan tinjauan saintifik dan sebagai pemancar komunikasi.

“Ia adalah orbit yang sangat penting bagi kebanyakan satelit, dan kesedaran mengenai ruang angkasa perlu ditingkatkan lagi,” kata Kodlick lagi.

Pusat Operasi Angkasa Lepas Bersama (JSOC) berjaya menjejaki lebih 500 ke 600 serpihan asing baru dan sesetengahnya bersaiz sekecil 10 sentimeter sebagai tambahan kepada 18,000 termasuk objek buatan manusia lain yang berserakan di ruang angkasa.

Wednesday, February 11, 2009

Rakyat Malaysia tidak perlu visa ke Britain (UK)

KUALA LUMPUR 10 Feb. – Kerajaan United Kingdom (UK) memutuskan untuk tidak mengenakan keperluan visa kepada pemegang pasport Malaysia, menurut Kementerian Luar dalam kenyataannya hari ini.

Sehubungan itu, menurut kenyataan tersebut, Malaysia akan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) Kerjasama Imigresen dengan UK tidak lama lagi bagi meningkatkan kerjasama dalam bidang berkenaan.

“Malaysia mengalu-alukan keputusan kerajaan UK itu dan amat gembira atas kerjasama serta bantuan yang diberikan pihak berkuasa UK dalam perkara ini,’’ menurut kenyataan itu.

Kerajaan UK sebelum ini merancang menguatkuasakan syarat visa ke atas rakyat Malaysia yang akan memasuki negara itu dan memberikan tempoh enam bulan dari Disember tahun lalu untuk menyelesaikan masalah rakyat Malaysia yang tinggal melebihi tempoh.

Kementerian Luar bagaimanapun meminta kerajaan UK menangguhkan syarat itu bagi menyelesaikan masalah tersebut. Satu laporan menyebut lebih 30,000 rakyat Malaysia tinggal melebihi tempoh di negara itu.

Kenyataan itu menambah, melalui MoU tersebut, Malaysia akan memastikan tahap keselamatan yang tinggi di semua lapangan terbang antarabangsa bagi menghalang negara ini menjadi pusat transit pendatang tanpa izin yang ingin memasuki UK.

“Malaysia akan menggunakan pengalamannya dalam perkara ini untuk menghadapi cabaran-cabaran baru isu migrasi pada masa hadapan,” jelas kementerian itu.

Kenyataan itu menyebut, pihak berkuasa Malaysia juga akan terus mengenakan hukuman kepada mereka yang tinggal melebihi tempoh dibenarkan dan bekerja secara haram di UK.Dengan kata lain,tidak boleh mana-mana pemegang passport Malaysia bekerja secara haram di Uk.

“Usaha juga akan terus dilakukan bagi meningkatkan kempen kesedaran rakyat negara ini supaya tidak melanggar peraturan imigresen UK,” tambah kenyataan itu.

Dipetik dari Utusan Malaysia Online.

Sunday, February 8, 2009

India Melarang Sebarang Senjata Nuklear


India telah mengusulkan satu konvension antarabangsa untuk mengisytiharkan larangan penggunaan senjata nuklear oleh kilang-kilang senjata demi mengurangkan kesan yang bahaya kepada manusia.
Ucapan pada konferen keselamatan antarabangsa di Munich, Penasihat Keamanan Nasional M K Narayanan menggariskan bahawa India telah melakukan serta telah berkuatkuasa,dan dari sokongan yang padu penyokong tetap sedunia metentukan agar melucutkan senjata nuklear yang tidak berdiskriminasi .
"Bahkan pada hari ini,mungkin India adalah satu-satunya negara senjata nuklear yang memaksa untuk menyiapkan rundingan Konvensi Senjata Nuklear yang menghala ke arah global, tidak-diskriminatif dan untuk menghapuskan senjata nuklear," ujarnya pada hari Jumat baru-baru ini ketika berucap dalam tajuk 'Non-proliferasi , Arms control dan Future dari Senjata Nuklear; Zero is Possible?
Berdasarkan plan tindakan yang diusulkan oleh India ketika Persidangan Umum PBB pada tahun 1988 untuk menyelesaikan penghapusan semua senjata nuklear secara berperingkat pada tahun 2010, katanya inisiatif yang paling difahami dan relevan adalah pada hari ini.
Beliau membuat beberapa cadangan untuk mengurangkan kesan-kesan risiko senjata atom, termasuk satu rundingan Konvension lengkap diadakan berkenaan larangan penggunaan senjata nuklear.Cadangan yang lain termasuk pengakuan semula persetujuan yang jelas oleh semua negara bersenjata nuklear yang lengkap berkenaan untuk menghapuskan senjata nuklear; pengurangan senjata nuklear dalam doktrin keamanan; pengurangan bahaya nuklear, termasuk kesan risiko perang nuklear secara tidak disengajakan, dari penjagaan senjata nuklear untuk mengelak kemalangan yang tidak disengajakan dari penggunaan senjata nuklir.
Narayanan juga menegaskan bahawa perlunya kesepakatan antara pertubuhan senjata nuklear sedunia berdasarkan slogan 'tiada penggunaan utama' dari senjata nuklear,serta sokongan semua negara yang mempunyai nuklear agar mengikut undang-undang dan tidak melanggar perjanjian menggunakan senjata nuklear terhadap negara-negara yang tiada senjata nuklear.
Cadangan itu juga termasuk rundingan pada konvension senjata nuklear untuk menyekat perkembangan,penghasilan,dan penggunaan bahan nuklear dan pemusnahannya.
Narayan juga merasa kesal kerana walaupun pada akhir perang dingin,masih belum ada sebarang perubahan ketara dalam pusat bahan nuklear berkaitan doktrin keselamatan utama tentang kuasa bahan nuklear.Penerangan mestilah jelas dan menghantar dengan segera beberapa pasukan untuk mencapai matlamat ini.Hal ini akan berlaku untuk NPT serta Negara-negara non-NPT, 'katanya lagi.
India telah membuat satu pendekatan untuk pelucutan senjata nuklear, tidak menghasilkan bahan-bahan nuklear,serta perluasan dibawah kawalan.Dan semuanya dipercayai ada kaitan rapat antara satu sama lain.
Sekatan penghasilan nuklear ini tidak dapat diatasi dengan sendirinya,tetapi hendaklah melalui gencatan senjata nuklear secara berkesan,' katanya lagi.Narayan berkata genjatan senjata nuklear dan sekatan penghasilan nuklear harus dilihat kepada kerjasama semua negara yang terlibat dan bukan hanya sebahagian negara sahaja,untuk memastikan keamanan dunia.
Anggapan kita tentang kawalan melalui isu keamanan adalah mudah untuk mengekalkan senjata nuklear di dalam tangan sebahagian pihak.Sekatan penghasilan bahan nuklear adalah kesan dari campurtangan kawalan pihak tentera.Narayan mengatakan bahawa India sudah bersedia untuk terlibat dengan pelbagai penyokong untuk menjayakan gencatan senjatan nuklear dan berharap untuk menyumbang dalam inisiatif tersebut.

carian