Saturday, May 9, 2009

KES JENAYAH RAGUT - BAHAGIAN 1

Sejak akhir-akhir ini,saya terbaca banyak kes-kes jenayah yang berlaku di negara kita melibatkan jenayah ragut dan rompak.Setiap hari terpampang di akhbar-akhbar tentang kes jenayah ini.Peristiwa ini menyebabkan kebimbangan dikalangan masyarakat terutama golongan wanita.Mana tidak nya,kes ragut ini bukan sahaja mendatangkan kecederaan, tapi yang lebih teruk lagi, membawa maut kepada mangsa ragut tersebut.Yang terbaru, kes seorang ibu hamil maut setelah diragut kerana dilanggar kereta apabila motosikal yang ditungganginya terjatuh di atas jalan bertentangan.yang sebelum ini,masih banyak kes lain,terlalu banyak .

Perkara ini tidak boleh dibiarkan,bagi saya ia satu masalah besar.Menjadi tanggungjawab bersama untuk mengatasi masalah ini, lebih-lebih lagi kepada pihak berkuasa untuk memastikan kes jenayah tidak berlaku lagi.Tapi,bagaimanakah caranya??? Itu persoalan utama yang perlu dibincangkan sekarang. Polis bagaikan sudah buntu, pihak berkuasa seperti tidak tahu apa yang mesti dibuat.

Setiap hari, perkara yang sama berulang, malahan semakin bertambah dari hari ke hari, setiap tahun , purata kes jenayah semakin meningkat. Mengapa perkara ini terjadi? Adakah tidak ada tindakan dari pihak berkuasa untuk mengatasi masalah ini? kalau ada, mengapa kes jenayah semakin meningkat? salah siapa sebenarnya?Salahkan ibu yang mengandung? Salahkan guru kerana tidak mendidik? Salahkan kerajaan kerana tidak ambil tentang berat kes ini?

Jawapannya , terpulang kepada masing-masing untuk menjawabnya.

Bagi saya, masalah ini dapat diatasi , sekiranya semua lapisan masyarakat mengambil peranan. Setiap masalah boleh diatasi kalau ia benar-benar mahu diatasi. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.Jadi,kepada semua penduduk masyarakat, terutama golongan muda mudi, marilah sama-sama kita berusaha mengatasi kes jenayah ini, samada dengan lontaran suara-suara atau melalui cadangan untuk disusulkan kepada puhak berkuasa, adakah nak tunggu kes ini terjadi kepada keluarga kita sendiri baru mahu bertindak? Nauzu billahi min zalik...

untuk penulisan seterusnya,akan bersambung ke bahagian kedua...saya sengaja membahagikan penulisan ini kepada bahagian-bahagian , untuk memudahkan cara... nantikan....!

1 comment:

carian