Cinta kepada Allah s.w.t pada waktu senang dan susah. Tidak ada satu kejahatan pun yang membawa ke dalam syurga serta tidak ada satu kebaikan yang membawa dalam neraka. Semua kesenangan dianggap hina dan menipu selain kesenangan syurga. Semua kesusahan masih dianggap ringan selain daripada seksa api neraka.
Saturday, February 14, 2009
Satelit Rusia, AS bertembung
WASHINGTON - Satelit komunikasi persendirian yang dimiliki Amerika Syarikat (AS) bertembung dengan satelit tentera Rusia dan merupakan kemalangan buruk pertama yang berlaku di angkasa lepas, kata jurucakap tentera AS, kelmarin.
Kemalangan di atas ruang udara utara Artik Rusia itu membabitkan satelit kepunyaan Satelit Iridium LLC dan satelit komunikasi Rusia, kata Kolonel Angkatan Udara, Les Kodlick dari Markas Strategik AS.
“Kami percaya ia merupakan kali pertama dua satelit bertembung di orbit,” katanya.
Menurut Kodlick, pertembungan tersebut berlaku sekitar 780 kilometer di garisan altitud Siberia yang dilalui satelit untuk memantau keadaan cuaca, melaksanakan tinjauan saintifik dan sebagai pemancar komunikasi.
“Ia adalah orbit yang sangat penting bagi kebanyakan satelit, dan kesedaran mengenai ruang angkasa perlu ditingkatkan lagi,” kata Kodlick lagi.
Pusat Operasi Angkasa Lepas Bersama (JSOC) berjaya menjejaki lebih 500 ke 600 serpihan asing baru dan sesetengahnya bersaiz sekecil 10 sentimeter sebagai tambahan kepada 18,000 termasuk objek buatan manusia lain yang berserakan di ruang angkasa.
Wednesday, February 11, 2009
Rakyat Malaysia tidak perlu visa ke Britain (UK)
KUALA LUMPUR 10 Feb. – Kerajaan United Kingdom (UK) memutuskan untuk tidak mengenakan keperluan visa kepada pemegang pasport Malaysia, menurut Kementerian Luar dalam kenyataannya hari ini.
Sehubungan itu, menurut kenyataan tersebut, Malaysia akan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) Kerjasama Imigresen dengan UK tidak lama lagi bagi meningkatkan kerjasama dalam bidang berkenaan.
“Malaysia mengalu-alukan keputusan kerajaan UK itu dan amat gembira atas kerjasama serta bantuan yang diberikan pihak berkuasa UK dalam perkara ini,’’ menurut kenyataan itu.
Kerajaan UK sebelum ini merancang menguatkuasakan syarat visa ke atas rakyat Malaysia yang akan memasuki negara itu dan memberikan tempoh enam bulan dari Disember tahun lalu untuk menyelesaikan masalah rakyat Malaysia yang tinggal melebihi tempoh.
Kementerian Luar bagaimanapun meminta kerajaan UK menangguhkan syarat itu bagi menyelesaikan masalah tersebut. Satu laporan menyebut lebih 30,000 rakyat Malaysia tinggal melebihi tempoh di negara itu.
Kenyataan itu menambah, melalui MoU tersebut, Malaysia akan memastikan tahap keselamatan yang tinggi di semua lapangan terbang antarabangsa bagi menghalang negara ini menjadi pusat transit pendatang tanpa izin yang ingin memasuki UK.
“Malaysia akan menggunakan pengalamannya dalam perkara ini untuk menghadapi cabaran-cabaran baru isu migrasi pada masa hadapan,” jelas kementerian itu.
Kenyataan itu menyebut, pihak berkuasa Malaysia juga akan terus mengenakan hukuman kepada mereka yang tinggal melebihi tempoh dibenarkan dan bekerja secara haram di UK.Dengan kata lain,tidak boleh mana-mana pemegang passport Malaysia bekerja secara haram di Uk.
“Usaha juga akan terus dilakukan bagi meningkatkan kempen kesedaran rakyat negara ini supaya tidak melanggar peraturan imigresen UK,” tambah kenyataan itu.
Dipetik dari Utusan Malaysia Online.
Wednesday, February 4, 2009
Pengeluaran NAND flash memory chips akan dikurangkan...
Pada hari semalam,Selasa,4Februari 2009,Japan's Toshiba dikatakan akan mengurangkan pengeluaran NAND flash cip memori yg digunakan pada iPods atau mana-mana pemain muzik digital yang lain pada kadar 30% disebabkan krisis ekonomi yg melanda
Sebagaimana pengurangan pada cip memori yang dibuat di pusat Mie Prefecture dari Januari lalu, Toshiba akan menggantungkan operasi mana-mana kilang utama semikondukter lebih darr 25 hari untuk menjawab permintaan yang melebihi.
Kemelesetan ekonomi dunia dan menurunnya permintaan pelanggan telah memberi kesan hentaman disebaliknya kepada semikondukter... kenyataan dari syarikat kompani .
Ini merupakan maklumat yang ketara dalam NAND cip memori,dimana berkurangnya tuntutan applikasi seperti kad memori dan pemain mp3 yg telah dihasilkan oleh pembekal akses...tambahannya lagi.

Toshiba merupakan pengilang yang terkemuka dalam pengeluaran NAND cip memori dan telah melabur dengan banyak dalam tahun-tahun kebelakangan ini untuk memperkenal barangan dan menemukan tuntutan yang tingi dan pantas.
dipetik dari : the Nikkei business daily reported on Tuesday.
Thursday, January 29, 2009
PELAJAR LUCU
Suatu hari di tengah hutan.. ketika para pelajar sebuah universiti sedang melakukan penyelidikan
terhadap tumbuhan hutan... Seorang pelajar senior yang juga merupakan pemimpin kepada rombongan itu berjumpa dengan sebuah pisau lipat di atas tanah. Menurut peraturan yang telah ditetapkan semasa membuat penyelidikan didalam hutan.. sesiapa yang meninggalkan barang penyelidikan didalam perjalanan akan dihukum.
Lalu pelajar Senior itu dengan mengambil pisau lipat itu dan menghimpunkan semua pelajar untuk tujuan menghukum mana-mana siswa yang telah lalai kerana meninggalkan pisau lipatnya merata-rata.
"Siapa yang merasa kehilangan pisau lipat di tengah perjalanan tadi?" tanya pelajar senior itu..
Tak ada seorang pun yang berani mengaku.. Kemudian pelajar senior itu menambah..
"Ayuh cepat.. mengaku aje la,. lagipun sebenarnya saya sudah tahu siapa pemilik pisau lipat ini kerana namanya terukir di sini.. Tapi saya inginkan kejujuran kamu semua untuk mengaku!"
Masih tidak ada jawapan dari para pelajar lain..
"Kerana tidak ada yang mahu mengakui dengan jujur akan kesalahannya maka saya akan panggil namanya !!!"
Pelajar2 masih lagi diam. Akhirnya pelajar senior itu tidak dapat bersabar lagi.. lalu diambilnya pisau lipat tadi kemudian dengan lantang dia menyebut nama pemilik pisau itu...
"STAINLESS STEEL cepat keluar...!!!"
RASUAH WANG
disebuah negara yang aku pun tak ingat name negara tu,
seorang kakitangan kerajaan telah dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan merasuah wang.kita ikuti dialog hakim dan pesalah.
hakim;awak telah dituduh merasuah wang sebanyak rm100 pada hari isnin jam 10.00 a.m. di dewan peperiksaan imigresen.
pesalah;benar!!...tpi...
hakim;tpi ape..!!
pesalah;mse tu saye ada ujian untuk naik pangkat....tapi kertas tak cukup, jadi saye conteng la kat duit tu..pastu mase nak hantar saye bagi duit tu kat penjaga peperiksaan.
hakim;ape bengap punye imigresen..
p/s kpada imigresen jgan mare ye ini hanya rekaan semata2
Tuesday, January 27, 2009
SMART STYLE
carian

