Monday, December 29, 2008

Hijrah Rasulullah, antara pengajaran yang dapat diambil...


      Sirah Rasulullah telah menceritakan satu peristiwa yang telah mencatat sejarah yang gemilang,iaitu peristiwa hijrah Rasulullah dari Mekah ke Madinah, yang mana menjadi permulaan kepada bulan Islam,iaitu bulan Muharam. Rasululah saw ada bersabda yang maksudnya," tidak ada hijrah lagi selepas hijrah ini, iaitu hijrah Rasulullah dan para sahabat dari Kota Mekah ke Kota Madinah. Jadi sekiranya ada individu atau kelompok yang mengatakan bahawa adanya hijrah lagi selepas hijrah Rasulullah, maka itu adalah satu rekaan yang pasti, satu penipuan yang amat besar.
    Oleh itu, kita sebagai umat Islam,umat Nabi Muhammad, mestilah mengambil pengajaran atau pedoman daripada apa yang terdapat dalam hijrah Rasulullah .macamana cara untuk mendapat pengajaran ini?,tidak dapat tidak, kita hendaklah mengkaji sejarah berkenaan dengan hijrah, bagaimana keadaan sebelum baginda saw berangkat dari rumah untuk berhijrah, bagaimana keadaan semasa Rasulullah berhijrah, dan bagaimana keadaan selepas hijrahnya Rasulullah ke madinah.
     Antara pengajaran yang boleh kita ambil disini ialah yang pertamanya ialah kita mesti memahami apakah maksud hijrah itu sendiri.apakah pengertian yang dikehendaki daripada perkataan hijrah itu? jadi, apa yang kita dapat mestilah bertepatan dengan apa yang kita fahami daripadanya.Secara umumnya ,banyak pengertian makna hijrah ini,antara makna hijrah ialah berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain.adapun dari sudut makna lain ialah berhijrahnya Rasulullah dari Mekah ke Madinah.
     Kesimpulannya,kita pada zaman sekarang sangat jauh beza dengan keadaan semasa hijrah Rasulullah, adakah kita perlu melakukan kembali hijrah dari Mekah ke Madinah? sudah tentu tidak, jadi pengajaran yang dapat kita ambil ialah kita berhijrah atau berpindah dari perkara yang tidak baik kepada perkara yang baik, dari perkara yang baik kepada yang lebih baik.sebagai contoh, kita berpindah dari perangai buruk kepada perangai baik.atau dari jahat kepada baik.itulah yang dikehendaki sebenar dari sirah Rasulullah berkenaan dengan Hijrah disamping pengajaran dari perjuangan Rasulullah dan para sahabat untuk berdakwah menyiarkan agama Islam yang tercinta.
      oleh itu, marilah sama- sama kita bersyukur kehadrat Ilahi kerana kita maih diberi peluang untuk merenung atau berfikir seketika apa yang terkandung dalam hijrah Rasulullah itu sendiri. sama-sama  kita perbanyakkan selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw,semoga kita digolongkan dalam golongan umat Nabi Muhammad, dan diberi rahmat setiap masa dan semoga kita dapat bertemu dengan baginda saw di akhirat nanti.amin. insyaAllah.

Thursday, December 25, 2008

Kenangan di Fayum

Pada 26 julai baru2 ni, aku telah pergi ke Fayum, salah satu daerah yg berada di Mesir,perjalanan yg jauh yg memakan masa lebih kurang 2jam untuk sampai ke destinasi,letih juga, tapi seronok ,he2,dan antara tempat2 menarik di Fayum ialah Tasik Qarun, air terjun,kebun bunga matahari,kebun mempelam,anggur,kincir air Nabi Sulaiman, dan byk lagi yg lain2...
kesemua tempat yg telah aku sebut td,aku telah pun  explore dengan jayanya,he3... memang best juga lah pergi ambil angin dekat Fayum ni... walaupun pergi hanya sehari je, tp mencatat kenangan yg sgt menyeronokkan, dan insyaAllah, klau ade mase lg lepas2 ni, aku akan pergi lagi ke Fayum... dan kalau nk tahu, aku ada seorang kawan bangsa Mesir yg tinggal di Fayum ni, dia selalu ajak aku ke sana, tapi aku tak pergi ,sebab nya, aku ni boleh tahan juga lah sibuk nye,he3...

Wednesday, December 24, 2008

kak jehan selamat sampai


salam,
Alhamdulillah,kakak saya telah selamat sampai ke bumi Mesir pagi tadi,kire2 pukul 6pagi tadi,saya pergi ambil kak di airport (mator adim) dengan sebuah van yg ditempah khas untuk kak ,dan ditemani solihin,dan ketika kami sampai di airport,kak disambut dengan begitu kesukaan, jelas kelihatan kegembiraan kak,dan mungkin di dalam hati,ada perasaan sedih sb terpakse berpisah dengan keluarga.dalam hati sape yg tahu,biasalah kan,,,he3
insyaAllah,semoga  dipermudahkan segala urusan kak selama berada di bumi Mesir ini,dan moga2 kami semua dipermudahkan dan berjaya lulus cemerlang dalam imtihan kali ini, amien Ya Rab...






Tuesday, December 23, 2008

salam


Biarkan masa lalu ibarat setitik noktah pada sehelai kain putih.
Kita masih berkesempatan untuk menghapuskannya. Meskipun tiada
siapa yang mampu menongkah arus takdir yang menjadi suratan,
namun takdir dan suratan bukanlah mutlak kerana manusia masih
mampu berdoa untuk menghindar segarit kehampaan bagi merasai
titisan bening air mata pagi...

Wednesday, December 17, 2008

peringatan

  1. First, we would like to start with stating that Islam does not call for violence; rather it abhors all forms of violence and terrorism, whether against Muslims or non-Muslims. Islam, moreover, calls for peace, cooperation, and maintaining justice, and provides for the happiness and welfare of humanity as a whole. This fact is declared in the Qur'an when Allah says: (Allah commands justice, the doing of good, and liberality to kith and kin, and He forbids all shameful deeds, and injustice and rebellion: He instructs you, that ye may receive admonition.) (An-Nahl 16: 90)

Tuesday, December 16, 2008

tazkirah...

Tidak ada paling mulia selain daripada Islam. Tidak ada kemuliaan lebih daripada takwa. Tidak ada pemikiran yang lebih terjamin daripada warak. Tidak ada penyelamat yang paling ampuh selain dari taubat. Tidak ada pakaian yang paling cantik selain keselamatan. Rakus adalah punca kepenatan dan
penyebab kesukaran. Berfikir sebelum bertindak, akan terselamat dari penyesalan.

renungan



Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang..

Assalamualaikum wrt.wbt.

Pertama sekali mari kita sama2 panjatkan rasa syukur kita kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat lagi kita menerusakan nafas kita di dunia yang fana ini. Selawat dan salam ke atas penghulu nabi Nabi Mhammad s.a.w. serta para sahabat dan ahli keluarga baginda dan umat islam seluruhnya.

Dunia ALLAH jadikan cantik pada pandangan mata. Ia dihias dengan pelbagai nikmat, keindahan dan kebahagiaan - rumah-rumah kediaman, taman-taman bunga, makanan yang lazat-lazat, anak-anak yang menghiburkan dan lain-lain. Antara seorang dengan seorang yang lain tidak sama kadar dunia yang dapat dimilikinya. Ada yang dapat memiliki rumah besar, pangkat tinggi, memperolehi sanjungan manusia, boleh bertukar ganti pakaian selalu, makan makanan yang enak-enak. Tapi ada juga yang hanya duduk di pondok buruk, dipandang hina oleh orang dan makan sekadar untuk mengalas perut.

Apakah maksud ALLAH tidak memberi dunia sama banyak dan sama rata kepada setiap hamba-Nya?
Walhal tentulah setiap hamba itu mendapat kasih sayang ALLAH, kerana setiap yang ALLAH jadikan, ALLAH kasih melebihi kasih seorang ibu kepada anaknya. Tapi takdir yang ditentukan ALLAH tetap tidak sama, sesetengahnya di luar kehendak hamba itu sendiri.

Kasih sayang ALLAH akan dimiliki oleh hamba-hamba-Nya yang dapat tunduk kepada takdir ALLAH.
Sama ada dia ditakdirkan untuk jadi orang yang senang atau sebaliknya ditakdirkan mejadi miskin, dia tetap rela dan tidak merungut suatu apa pun. Dia tahu bahawa sesungguhnya ALLAH tidak menzalimi hamba-Nya. Kalaulah takdir yang ditentukan itu baik, maka di sinilah peluangnya untuk menjadi hamba yang bersyukur, yang dapat memanfaatkan kebaikan yang diperolehinya itu bukan untuk dirinya seorang, tapi dapat dirasai sama oleh orang lain.

Kalaulah ditakdirkan kaya, dengan kekayaan itu dia akan dapat membantu orang susah, anak-anak yatim, janda, fakir miskin serta melakukan lain-lain kebajikan. Sehingga dia menjadi lebih hampir kepada ALLAH dan mendapat rahmat serta kasih sayang-Nya.

Sebaliknya orang yang ditakdirkan menerima nasib yang kurang baik, tetapi dia sanggup bersabar walaupun dalam seribu kepahitan, maka ALLAH akan balas dengan rahmat-Nya. ALLAH akan hiburkan dengan dikurniakan kekayaan hati. Hati yang kaya adalah hati yang sentiasa berbahagia dengan kebaikan. Hati sentiasa merasa ringan menghadapi kesusahan atau kemiskinan. Nasib malang yang menimpa dirinya sedikitpun tidak menyusahkan hatinya. Sebaliknya segala kejadian dan keadaan yang ada itu makin membuat dia terus bergantung hati berrtawakkal dan menyerah diri pada ALLAH.

Dia cukup yakin ALLAH itu Maha Bijaksana. Maha Suci ALLAH dari tersilap dalam menentukan takdir dan perjalanan hidup hamba-Nya. ALLAH Maha Adil , oleh itu apa sahaja nasib yang menimpa dirinya tentulah hasil daripada sifat adil-Nya. Justeru itu akan membuatkan hatinya makin redha, merendah diri dan semakin hampirlah hatinya dengan ALLAH.

Seorang hamba yang tidak redha dengan takdir atau nasib yang menimpa dirinya, seolah-olah dia tidak yakin pada keadilan dan kebijaksanaan ALLAH. Seolah-olah menganggap ALLAH tidak tahu kehendak hatiya. Walhal kerana Maha Tahunya ALLAH, yang ilmu-Nya meliputi segala sesuatu, maka ALLAH memutuskan takdir yang sebaik-baiknya untuk hamba-Nya. Walaupun pada pandangan sihamba takdir itu tidak baik, tetapi kalau dia betul-betul berserah diri pada ALLAH dia akan mendapat keuntungan daripada takdir itu.

Sebaliknya kalau seseorang yang direzeki dengan takdir yang baik dalam hidupnya, selalunya membuatkan dia terlalu gembira, bangga dan hingga dia lalai, hingga lupa kepada Yang Memberi.
Maka takdir yang dianggap baik itu sebenarnya sudah tidak menguntungkan dirinya. Dia sudah berada jauh dari ALLAH disebabkan kelalaiannya.

Janganlah merasa iri hati atau dengki melihat nasib atau takdir yang baik yang ditentukan ALLAH terhadap orang lain sehingga kita berusaha untuk mendapatkannya. Walhal apa diuntukkan ALLAH kepada seorang hamba-Nya itu pasti tidak sama dan tidak dimiliki oleh hamba-Nya yang lain, yang tidak tersenarai sebagai penerima takdir itu meskipun dia berusaha bermati-matian untuk mencapai dan mendapatkannya.

Apa yang patut dilakukan oleh setiap hamba ialah redha menerima segala ketentuan atau takdir ALLAH sama ada yang dianggap baik atau tidak. Kerana pada hakikatnya setiap yang ditakdirkan dan ditentukan ALLAH itu adalah baik. Cuma yang membezakan baik atau tidak itu ialah hawa nafsu manusia. Mana-mana yang sesuai dengan kehendak nafsu dan hatinya dianggap baik. Sebaliknya yang menyusahkan dan nafsunya merasa tidak eronok, dikatakan tidak baik.

Janganlah kita mengukur ikut hawa nafsu yang tidak lain hanya mengajak kita menjadi engkar dan memusuhi ALLAH. Ikutilah nilaian dan ukuran ALLAH. Kalau kita dapat menghadapi setiap takdir dengan banyak berserah, berharap dan takut pada kemurkaan-Nya tentulah setiap takdir itu akan menguntungkan kita. Untungnya kerana ia boleh menghampirkan diri kita dengan ALLAH.

Orang yang hampir dengan ALLAH akan diberi ketenangan hati, rasa aman dan sentosa serta anugerah-anugerah lain. Sesungguhnya sebahagian besar dari anugerah itu tidak dapat dilihat oleh mata tapi hanya dapat dirasakan oleh hati.

mutiara kata

1. Jaga Lidahmu
"Hati itu adalah tempat rahsia dan bibir itu kuncinya sementara lidah adalah anak kuncinya. Oleh itu hendaklah setiap orang menjaga anak kunci rahsianya".
2. Kebaikan Ilmu
"Tidak ada simpanan yang lebih berguna daripada ilmu, tidak ada sesuatu yang lebih beruntung daripada adab, tidak ada kawan yang lebih bagus daripada akal dan tidak ada benda ghaib yang lebih dekat daripada maut".
3. Bandingan Akal Dan Harta
"Akal itu menteri yang menasihat dan harta itu seorang tamu yang akan berangkat"
4. Bandingan Perkataan
"Perkataan itu seperti ubat; jika engkau gunakan sedikit daripadanya akan memberi faedah, tetapi jika digunakan terlalu banyak akan membahayakan"
5. Siarkan Kebaikan Orang
"Apabila engkau berbuat kebaikan sembunyikan, dan apabila orang membuat kebaikan kepadamu hendaklah engkau sebarkan"
6. Dunia
"Dunia itu awalnya payah, akhirnya binasa, halalnya dihisab dan haramnya diazab"
7. Bala Terhebat
"Manusia yang mendapat sehebat-hebat bala dan paling banyak kesusahan ialah orang yang mempunyai lidah yang terlepas dan hati yang tertutup iaitu dia tidak dapat diam dan tidak pandai memperelaokkan kata-katanya"
8. Bergaullah Dengan Baik
"Bergaullah sesama manusia dengan satu pergaulan yang jika kamu tiada, mereka akan rindu kepada kamu dan jika kamu mati mereka akan menangisimu"
9. Nasib Si Pemarah Dan Putus Asa
"Tidak akan engkau dapati orang yang pemarah itu senang, tidak yang berakal itu tamak, tidak yang pemurah itu dengk dan tidak yang berputus asa itu kaya"
10. Sabar
"Kesabarn itu ada dua iaitu sabar menahan sesuatu yang engkau benci dan sabar melepaskan sesuatu yang engkau suka. Dan yang kedua itu lebih berat atas nafsu"

Wednesday, October 29, 2008

jom gi kuliah...

assalamualaikum... perkenalkan diri, sy wan othman bin wan muhammad...

jom gi kuliah...

assalamualaikum... perkenalkan diri, sy wan othman bin wan muhammad...

carian