Saturday, February 14, 2009

Pilihan tempat duduk ( AIR ASIA)



AirAsia Bhd (AirAsia) memperkenalkan produk inovasi baru, ‘Pilih Tempat Duduk’ di jangkakan dapat menarik penumpang baru dan perolehannya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datuk Seri Tony Fernandes berkata, pihaknya yakin dengan jangkaan tersebut memandangkan sebelum ini orang tidak menggunakan perkhidmatan AirAsia kerana pilihan tempat duduk adalah bebas.

“Sebagai syarikat penerbangan tambang murah, kami mahu setanding dengan syarikat penerbangan servis penuh yang lain dari segi perkhidmatan.

“Ia tidak akan menjejaskan harga tambang yang masih rendah kerana AirAsia mahu memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan dari kumpulan yang berbeza seperti korporat, sektor awam, belia dan keluarga,” katanya selepas melancarkan perkhidmatan itu di Kuala Lumpur.

Sebelum ini, pilihan tempat duduk hanya diperkenalkan kepada penumpang AirAsia X dan ia mula dijual bagi penerbangan AirAsia sejak 5 Februari lalu untuk penerbangan bermula 17 Februari ini.

Beliau berkata, pihaknya memberi peluang kepada penumpang menikmati penerbangan bajet dengan memilih apa yang mereka mahukan.

“Selain itu, kami percaya inisiatif ini dapat membawa lebih ramai pelancong datang ke Malaysia walaupun dalam keadaan ekonomi yang lembap,” katanya.

Terdapat dua kategori iaitu ‘Hot Seat’ dan ‘Standard Seat’ yang dikenakan caj masing-masing sebanyak RM25 dan RM5 bagi penerbangan sehala.

‘Hot Seat’ merupakan tempat duduk di lima barisan hadapan dan dua barisan di pintu kecemasan kabin pesawat, manakala ‘Standard Seat’ pula pilihan mana-mana tempat duduk dalam pesawat.

Penumpang yang memilih ‘Hot Seat’ akan menikmati ‘Xpress Boarding’ di mana mereka berpeluang mendapat keutamaan menjadi antara pelanggan berada dalam pesawat.

“Perolehan dari segi pendapatan melalui Xpress Boarding sebanyak RM2 juta sebulan dan produk baru ini dijangkakan dapat meningkatkan jumlah itu,” katanya.

No comments:

Post a Comment

carian