Sunday, January 11, 2009

THIERRY HENRY DAN MICHAEL JACKSON PELUK ISLAM

" Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendakiNya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk." "... Surah Al Qasas, ayat 56.

Berdasarkan ayat ini,penulis mahu menceritakan tentang 2 orang yang boleh dikatakan ' famous' yang sering terpampang di kaca tv,yang mana telah memeluk Islam, 2 orang ini ialah Thierry Henry,iaitu pemain bola sepak terkemuka dunia dan Michael Jackson,iaitu penyanyi kontroversi Amerika Syarikat.Alhamdulillah,syukur pada Allah kerana kita masih diberi nikmat iman dan Islam dan telah memberi hidayah dan petunjuk Islam kepada mereka juga.Hanya orang-orang yang terpilih sahaja yang diberi petunjuk oleh Allah.




informasi peribadi
Nama Michael Joseph Jackson
Juga dikenali sebagai Michael Joe Jackson
Tarikh Lahir 29 Ogos 1958 (umur 50)
Asal Gary, Indiana, Amerika Syarikat
Genre Pop, R&B[1]
Pekerjaan Singer-songwriter
Penerbit rekod
Penyusun muzik
Pelakon

Penyanyi kontroversi Amerika Syarikat, Michael Jackson, memeluk Islam pada 21 November 2008,dan menukar namanya kepada Mikaeel, nama malaikat yang memberi rezeki.
Superstar muflis berusia 50 tahun itu dilaporkan memakai jubah dan kopiah ketika mengucap dua kalimah syahadah di hadapan seorang imam dalam satu majlis di sebuah rumah rakannya di sini.
Akhbar The Sun dalam laporannya mendedahkan majlis itu diadakan beberapa hari sebelum Jackson atau 'Jacko' dihadapkan ke Mahkamah Tinggi London, selepas disaman oleh seorang putera Arab.
Jacko yang dibesarkan sebagai penganut Kristian, dikatakan mengambil keputusan menukar agamanya ketika beliau menggunakan studio di rumah kawan rapatnya untuk merekodkan album baru.
Rakannya, David Wharnsby – seorang penulis lagu Kanada dan produser Philip Bubal, yang menasihatkan Jacko supaya memeluk Islam. Kedua-duanya juga sudah memeluk Islam dengan nama baru mereka Dawud Wharnsby Ali dan Idris Philips.
"Mereka mula berbincang mengenai agama dan bagaimana mereka menjadi seorang yang lebih baik dengan menukar agama. Tidak lama kemudian Michael mula menerima idea itu," kata sumber yang dipetik akhbar itu.
Jacko yang merakamkan lagu terkenal seperti The Way You Make Me Feel, bagaimanapun menolak nama alternatif, Mustafa – bermaksud orang yang terpilih.
Penyanyi Britain, Yusuf Islam, 60, atau nama asalnya, Cat Stevens, mengalu-alukan Jacko sebagai saudara baru.
Jacko kini berdoa untuk ke Makkah selepas satu majlis diadakan di rumah pemain keybord Toto, Steve Porcaro, 51, di Hollywood Hills yang menyusun album Thriller penyanyi itu.
Jacko, yang jarang keluar rumah tanpa memakai topeng, dijangka memberi keterangan Isnin ini dalam tuntutan saman berjumlah £4.7 juta (RM25.3 juta) oleh Putera Abdulla Al-Khalif dari Bahrain. – Agensi





Informasi pribadi
Nama Thierry Daniel Henry
Tarikh lahir 17 Ogos 1977 (umur 31)
Tempat lahir Les Ulis, Perancis
Tinggi 1.88 m (6 ft 2 in)
Posisi bermain Striker

Thierey Henry, adalah bintang bola sepak Perancis. Henry yang pernah dua kali dinominasikan sebagai pemain terbaik versi FIFA ini kerap mendorong agar setiap orang membaca al-Quran dan membaca lebih banyak lagi tentang agama Islam agar lebih mengenal agama itu...

Firman Allah dalm surah al-Kahfi:29
"dan Katakanlah (Wahai Muhammad): "Kebenaran itu ialah Yang datang dari Tuhan kamu, maka sesiapa Yang mahu beriman, hendaklah ia beriman; dan sesiapa Yang mahu kufur ingkar, biarlah Dia mengingkarinya". kerana Kami telah menyediakan bagi orang-orang Yang berlaku zalim itu api neraka, Yang meliputi mereka laksana khemah; dan jika mereka meminta pertolongan kerana dahaga, mereka diberi pertolongan Dengan air Yang seperti tembaga cair Yang membakar muka; amatlah buruknya minuman itu, dan amatlah buruknya neraka sebagai tempat bersenang-senang".


Kalau kita melihat trend hari ini, ramai penduduk eropah memeluk Islam kenapa? jawapannya mereka berilmu, mereka memilih islam berdasarkan ilmu dan kebenaran islam. Tapi kenapa di nusantara ramai orang islam keluar atau murtad daripada islam? jawapanya jahil, sesungguhnya mereka jahil dan tidak mengenal islam.
Pengajarannya, sama-samalah kita meningkatkan ilmu pengetahuan, lebih-lebih lagi dalam bidang agama, supaya kita tidak tertipu dan mencari agama lain selain daripada Islam.

firman Allah s.w.t dalam surah ali-Imran:85
"dan sesiapa Yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang Yang rugi".

1 comment:

  1. Emm..betul kate hang tu.diaorang tu kuat baca buku.ada satu blog tu cerita terus kelemahan orang Islam zaman leni berkaitan ILMU.bahkan kena tinggal jauh...

    ReplyDelete

carian