Thursday, January 8, 2009

HARI PERTAMA SEKOLAH


Apakah yang berlaku pada hari pertama anda mula menjejaki alam persekolahan?


HAMPIR setiap seorang daripada kita telah melalui hari itu. Ia hari bersejarah yang secara tidak langsung telah 'membentuk' kita pada hari ini. Pada hari tersebut, kita mula mengenali bilik darjah, papan tulis dan seorang bernama 'cikgu'. Hari yang dimaksudkan ialah hari pertama menjejaki ke alam persekolahan.
Pada hari itu juga, jadual hidup kita tiba-tiba berubah. Daripada boleh bermain sepanjang hari atau berada di pangkuan ibu bapa seharian, tiba-tiba kita perlu bersiap mengenakan pakaian seragam sekolah dan pergi mengikuti pendidikan formal.
Di dalam kelas, kita lihat kanak-kanak yang seusia kita dihimpunkan bersama-sama. Duduk di bangku, berwajah penuh teka-teki seakan mahu menyapa salam perkenalan. Hari itu juga kita mula kenal 'waktu rehat' dan tempat yang dipanggil kantin.
Tidak ada apa yang benar-benar kebanyakan kita harapkan pada hari itu melainkan deringan bunyi loceng yang menandakan tamatnya waktu persekolahan.
Pada tanggal 5 Januari yang lepas, lebih 500,000 kanak-kanak di negara ini berhadapan dengan detik itu sama seperti yang pernah kita lalui. Pengalaman mula memasuki tahun satu sekolah rendah akan dirasai mereka. Cuma mungkin persekitaran dan suasananya yang berbeza. Mana tidaknya, perubahan zaman menjadi paksinya.
Semua orang ada kisah-kisah haari pertama persekolahan, ada yang gembira,sedih, ada yang kisahnya lucu dan sebagainya.tidak ketinggalan juga dengan penulis,penulis juga ada cerita tentang masa mula-mula menjejakkan kaki ke sekolah,jd,nak tahu ke ceritanya??? kalau nak tahu, kenalah selalu membuka blog penulis ni, dan mungkin penulis akan bercerita pada post yang akan datang... insyaAllah.



No comments:

Post a Comment

carian