Thursday, January 29, 2009

PELAJAR LUCU

kebodohan yang melampau


Suatu hari di tengah hutan.. ketika para pelajar sebuah universiti sedang melakukan penyelidikan
terhadap tumbuhan hutan... Seorang pelajar senior yang juga merupakan pemimpin kepada rombongan itu berjumpa dengan sebuah pisau lipat di atas tanah. Menurut peraturan yang telah ditetapkan semasa membuat penyelidikan didalam hutan.. sesiapa yang meninggalkan barang penyelidikan didalam perjalanan akan dihukum.

Lalu pelajar Senior itu dengan mengambil pisau lipat itu dan menghimpunkan semua pelajar untuk tujuan menghukum mana-mana siswa yang telah lalai kerana meninggalkan pisau lipatnya merata-rata.

"Siapa yang merasa kehilangan pisau lipat di tengah perjalanan tadi?" tanya pelajar senior itu..

Tak ada seorang pun yang berani mengaku.. Kemudian pelajar senior itu menambah..

"Ayuh cepat.. mengaku aje la,. lagipun sebenarnya saya sudah tahu siapa pemilik pisau lipat ini kerana namanya terukir di sini.. Tapi saya inginkan kejujuran kamu semua untuk mengaku!"

Masih tidak ada jawapan dari para pelajar lain..

"Kerana tidak ada yang mahu mengakui dengan jujur akan kesalahannya maka saya akan panggil namanya !!!"

Pelajar2 masih lagi diam. Akhirnya pelajar senior itu tidak dapat bersabar lagi.. lalu diambilnya pisau lipat tadi kemudian dengan lantang dia menyebut nama pemilik pisau itu...

"STAINLESS STEEL cepat keluar...!!!"

RASUAH WANG

disebuah negara yang aku pun tak ingat name negara tu,

seorang kakitangan kerajaan telah dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan merasuah wang.kita ikuti dialog hakim dan pesalah.

hakim;awak telah dituduh merasuah wang sebanyak rm100 pada hari isnin jam 10.00 a.m. di dewan peperiksaan imigresen.

pesalah;benar!!...tpi...

hakim;tpi ape..!!

pesalah;mse tu saye ada ujian untuk naik pangkat....tapi kertas tak cukup, jadi saye conteng la kat duit tu..pastu mase nak hantar saye bagi duit tu kat penjaga peperiksaan.

hakim;ape bengap punye imigresen..

p/s kpada imigresen jgan mare ye ini hanya rekaan semata2

PERBUALAN DI LADANG

Ayam: Ko tgk surat khabar tu. Tak sah kalau tak berita pasal kes pembunuhan.

Lembu: Ntah apa nak jadik la ngan Manusia zaman sekarang ni kan?

Ayam: Haiwan pun tak bunuh sesama sendiri.. ko pernah dgr tapir bunuh tapir? ish bodo macam lembu la manusia ni!

......................................................................................................................................



Lembu: Ulang balik bodo macam apa?

Ayam: Bodo macam Ayam!!! Bodo macam Ayam!!! dah la baring kat atas aku ni woi!!!!!! ARGH!!!! mampus eden sak gi!!!!

Wednesday, January 28, 2009

KISAH ABU ORANG GILA

Al-kisah…..adalah satu kampung ni..nama kampung ni kampung pinang 18 batang. Kat kampung ni orang ramai idup aman dan bahagia. Dalam kampung yang aman ni..adala sorang laki ni. Nama dia Abu (nama sebenar). Abu ni orang gila kat kampung ni. So..ramai la yang pandang slag kat dia. Ramai la yang suka memainkan dia.. nak dijadikan cerita…

Pada suatu hari..si Abu ni gi la masjid nak semayang jumaat…ey..ni educated nyer orang gila tau..semayang tak tinggal. Contohilah dia ni. Sedangkan orang gila pun semayang…korang yang siuman ni pun semayang la gak ek.. ok….sambung citer. Lepas si Abu ni semayang jumaat, dia nak balik la kan . So..masa dia nak balik tu tetiba dia tengok selipar jepun kesayangannye dah takdek. Aper lagi…mengamukla dia…

Tanpa segan silu dia pun pegi la dekat mikrofon masjid tu lalu dia pun berkata: “kepada sesiapa yang mencuri selipar aku, baik ko pulang cepat!!!!!!!…” Semua orang menjadi takut..ye la..orang gila kan ..memacam dia buleh buat. Buatnya dia tetak anak bini orang…..kang..ha..naya.. Diulang sekali lagi…”kepada sesiapa yang curik selipar kesayangan aku tu..baik ko pulang cepat. Kalau tak aku akan buat seperti mana ayah aku buat!!!” lalu orang yang curik tu pun pulang la balik. “lek la bang.. gurau jek”….

Tapi Abu memandang nyer dgn muka yang serius..muka macam nak makan orang gitu…

Haa…lalu budak yang curi selipar dia tu pun blah tanpa memandang ke arah Abu.. takut la tue… lalu tok imam pun menegur Abu dan bertanya “kalau dia tak pulang apa yang akan kamu lakukan..?? apa yang ayah kamu lakukan..??” dengan suara dan wajah yang slamber….Abu pun berkata “saya balik kaki ayam la tok….”

Tuesday, January 27, 2009

SMART STYLE

Have you ever wanted to have a super bedroom???
Setiap orang mahukan tilam & katil yg empuk,selesa,dan memenuhi citarasa.Supaya dapat tidur lena,dan tidak menyakitkan.
Citarasa setiap orang berbeza,baik dewasa mahupun kanak-kanak.jadi,disini penulis mahu kongsi rekabentuk katil & tilam idman..


Sunday, January 11, 2009

THIERRY HENRY DAN MICHAEL JACKSON PELUK ISLAM

" Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendakiNya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk." "... Surah Al Qasas, ayat 56.

Berdasarkan ayat ini,penulis mahu menceritakan tentang 2 orang yang boleh dikatakan ' famous' yang sering terpampang di kaca tv,yang mana telah memeluk Islam, 2 orang ini ialah Thierry Henry,iaitu pemain bola sepak terkemuka dunia dan Michael Jackson,iaitu penyanyi kontroversi Amerika Syarikat.Alhamdulillah,syukur pada Allah kerana kita masih diberi nikmat iman dan Islam dan telah memberi hidayah dan petunjuk Islam kepada mereka juga.Hanya orang-orang yang terpilih sahaja yang diberi petunjuk oleh Allah.




informasi peribadi
Nama Michael Joseph Jackson
Juga dikenali sebagai Michael Joe Jackson
Tarikh Lahir 29 Ogos 1958 (umur 50)
Asal Gary, Indiana, Amerika Syarikat
Genre Pop, R&B[1]
Pekerjaan Singer-songwriter
Penerbit rekod
Penyusun muzik
Pelakon

Penyanyi kontroversi Amerika Syarikat, Michael Jackson, memeluk Islam pada 21 November 2008,dan menukar namanya kepada Mikaeel, nama malaikat yang memberi rezeki.
Superstar muflis berusia 50 tahun itu dilaporkan memakai jubah dan kopiah ketika mengucap dua kalimah syahadah di hadapan seorang imam dalam satu majlis di sebuah rumah rakannya di sini.
Akhbar The Sun dalam laporannya mendedahkan majlis itu diadakan beberapa hari sebelum Jackson atau 'Jacko' dihadapkan ke Mahkamah Tinggi London, selepas disaman oleh seorang putera Arab.
Jacko yang dibesarkan sebagai penganut Kristian, dikatakan mengambil keputusan menukar agamanya ketika beliau menggunakan studio di rumah kawan rapatnya untuk merekodkan album baru.
Rakannya, David Wharnsby – seorang penulis lagu Kanada dan produser Philip Bubal, yang menasihatkan Jacko supaya memeluk Islam. Kedua-duanya juga sudah memeluk Islam dengan nama baru mereka Dawud Wharnsby Ali dan Idris Philips.
"Mereka mula berbincang mengenai agama dan bagaimana mereka menjadi seorang yang lebih baik dengan menukar agama. Tidak lama kemudian Michael mula menerima idea itu," kata sumber yang dipetik akhbar itu.
Jacko yang merakamkan lagu terkenal seperti The Way You Make Me Feel, bagaimanapun menolak nama alternatif, Mustafa – bermaksud orang yang terpilih.
Penyanyi Britain, Yusuf Islam, 60, atau nama asalnya, Cat Stevens, mengalu-alukan Jacko sebagai saudara baru.
Jacko kini berdoa untuk ke Makkah selepas satu majlis diadakan di rumah pemain keybord Toto, Steve Porcaro, 51, di Hollywood Hills yang menyusun album Thriller penyanyi itu.
Jacko, yang jarang keluar rumah tanpa memakai topeng, dijangka memberi keterangan Isnin ini dalam tuntutan saman berjumlah £4.7 juta (RM25.3 juta) oleh Putera Abdulla Al-Khalif dari Bahrain. – Agensi





Informasi pribadi
Nama Thierry Daniel Henry
Tarikh lahir 17 Ogos 1977 (umur 31)
Tempat lahir Les Ulis, Perancis
Tinggi 1.88 m (6 ft 2 in)
Posisi bermain Striker

Thierey Henry, adalah bintang bola sepak Perancis. Henry yang pernah dua kali dinominasikan sebagai pemain terbaik versi FIFA ini kerap mendorong agar setiap orang membaca al-Quran dan membaca lebih banyak lagi tentang agama Islam agar lebih mengenal agama itu...

Firman Allah dalm surah al-Kahfi:29
"dan Katakanlah (Wahai Muhammad): "Kebenaran itu ialah Yang datang dari Tuhan kamu, maka sesiapa Yang mahu beriman, hendaklah ia beriman; dan sesiapa Yang mahu kufur ingkar, biarlah Dia mengingkarinya". kerana Kami telah menyediakan bagi orang-orang Yang berlaku zalim itu api neraka, Yang meliputi mereka laksana khemah; dan jika mereka meminta pertolongan kerana dahaga, mereka diberi pertolongan Dengan air Yang seperti tembaga cair Yang membakar muka; amatlah buruknya minuman itu, dan amatlah buruknya neraka sebagai tempat bersenang-senang".


Kalau kita melihat trend hari ini, ramai penduduk eropah memeluk Islam kenapa? jawapannya mereka berilmu, mereka memilih islam berdasarkan ilmu dan kebenaran islam. Tapi kenapa di nusantara ramai orang islam keluar atau murtad daripada islam? jawapanya jahil, sesungguhnya mereka jahil dan tidak mengenal islam.
Pengajarannya, sama-samalah kita meningkatkan ilmu pengetahuan, lebih-lebih lagi dalam bidang agama, supaya kita tidak tertipu dan mencari agama lain selain daripada Islam.

firman Allah s.w.t dalam surah ali-Imran:85
"dan sesiapa Yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang Yang rugi".

Thursday, January 8, 2009

HARI PERTAMA SEKOLAH


Apakah yang berlaku pada hari pertama anda mula menjejaki alam persekolahan?


HAMPIR setiap seorang daripada kita telah melalui hari itu. Ia hari bersejarah yang secara tidak langsung telah 'membentuk' kita pada hari ini. Pada hari tersebut, kita mula mengenali bilik darjah, papan tulis dan seorang bernama 'cikgu'. Hari yang dimaksudkan ialah hari pertama menjejaki ke alam persekolahan.
Pada hari itu juga, jadual hidup kita tiba-tiba berubah. Daripada boleh bermain sepanjang hari atau berada di pangkuan ibu bapa seharian, tiba-tiba kita perlu bersiap mengenakan pakaian seragam sekolah dan pergi mengikuti pendidikan formal.
Di dalam kelas, kita lihat kanak-kanak yang seusia kita dihimpunkan bersama-sama. Duduk di bangku, berwajah penuh teka-teki seakan mahu menyapa salam perkenalan. Hari itu juga kita mula kenal 'waktu rehat' dan tempat yang dipanggil kantin.
Tidak ada apa yang benar-benar kebanyakan kita harapkan pada hari itu melainkan deringan bunyi loceng yang menandakan tamatnya waktu persekolahan.
Pada tanggal 5 Januari yang lepas, lebih 500,000 kanak-kanak di negara ini berhadapan dengan detik itu sama seperti yang pernah kita lalui. Pengalaman mula memasuki tahun satu sekolah rendah akan dirasai mereka. Cuma mungkin persekitaran dan suasananya yang berbeza. Mana tidaknya, perubahan zaman menjadi paksinya.
Semua orang ada kisah-kisah haari pertama persekolahan, ada yang gembira,sedih, ada yang kisahnya lucu dan sebagainya.tidak ketinggalan juga dengan penulis,penulis juga ada cerita tentang masa mula-mula menjejakkan kaki ke sekolah,jd,nak tahu ke ceritanya??? kalau nak tahu, kenalah selalu membuka blog penulis ni, dan mungkin penulis akan bercerita pada post yang akan datang... insyaAllah.



Monday, January 5, 2009

NASHEED GHURABAA' _ LAN NUBALI


Ghurabaa...Nasheed & Lyrics.
Our Prophet :sallallahu alayhi wasalam: said something along the lines of "Islam initiated as something strange, and it would revert to its old position of being strange, so good tidings for the strangers".

(Ghurabaa’ wa li ghairillaahi laa nahnil jibaa
Ghurabaa’ do not bow the foreheads to anyone besides Allah
Ghurabaa' war tadhainaa haa shi’aaran lil hayaa
Ghurabaa’ have chosen this to be the motto of life) 2x

(Inta sal ‘anna fa inna laa nubaali bit-tughaat
If you ask about us, then we do not care about the tyrants
Nahnu jundullaahi dawman darbunaa darbul-ubaa
We are the regular soldiers of Allah, our path is a reserved path) 2x

(Lan nubaali bil quyuud, bal sanamdhii lil khulood
We never care about the chains, rather we’ll continue forever) 2x

(Fal nujaahid wa nunaadhil wa nuqaatil min jadeed
So let us make Jihad, and battle, and fight from the start
Ghurabaa’ hakazhal ahraaru fii dunya-al ‘abeed
Ghurabaa’ this is how they are free in the enslaved world) 2x

(Kam tazhaakkarnaa zamaanan yawma kunna su’adaa`
How many times when we remembered a time when we were happy
Bi kitaabillaahi natloohu sabaahan wa masaa`
In the book of Allah, we recite in the morning and the evening) 2x


Corrections: The underlined: By Striver
May Allah Subhanahu Wa Ta'aalaa dishonour all those who stand in the way of Al-Ghurabaa' (The Strangers)





Sunday, January 4, 2009

PROTES ISRAEL...



           Israel nampaknya semakin ganas terhadap Palestin, dulu dia ni kecil je, tapi sekarang semakin menjadi-jadi, ibarat api yg sedang marak membakar sebuah rumah. Apa yg kita patut buat? Tak kan kita nak duduk diam je, tengok orang lain hidup dalam penderitaan, betapa dahsyat nya keadaan penduduk Palestin di sana, gambar di atas menunjukkan satu tunjuk perasaan yg dibuat di Manchester, sebagai protes terhadap tindakan Israel ke atas Palestin.Lebih dari 2000 penduduk di Manchester yg membuat tunjuk perasaan ini..Penulis rasa kita patut juga membuat protes beramai- ramai untuk membantah perbuatan Israel ini...



        Gambar ini pula menunjukkan protes dengan membakar bendera Israel, sebagai bantahan terhadap Israel yg bertindak kejam ke atas Palestin,sesiapa yang masih berhati perut,memang akan mengatakan tindakan Israel ini adalah satu tindakan yang tidak berperi kemanusiaan.Penulis sengaja memasukkan gambar ini untuk memberi kesedaran kepada kita, apakah tindakan yang telah kita buat untuk membantu Palestin???
        Jadi kita sebagai saudara se Islam kepada penduduk  Palestin, tak kan tak rasa apa-apa? Menunjukkan kita masih lemah dalam ukhuwwah yang dikehendaki sebenar dalam Islam, oleh itu,sebagai satu usaha untuk kita , dan harap-harap sedikit sebanyak dapat memberi kekuatan kepada penduduk Palestin di sana, marilah sama-sama kita berdoa  memohon kepada Allah , agar memberi pertolongan kepada penduduk Palestin dan pejuang-pejuang Allah yang mempertahankan Islam.insya ALLAH. Islam itu tinggi, dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya...

carian