Monday, December 29, 2008

Hijrah Rasulullah, antara pengajaran yang dapat diambil...


      Sirah Rasulullah telah menceritakan satu peristiwa yang telah mencatat sejarah yang gemilang,iaitu peristiwa hijrah Rasulullah dari Mekah ke Madinah, yang mana menjadi permulaan kepada bulan Islam,iaitu bulan Muharam. Rasululah saw ada bersabda yang maksudnya," tidak ada hijrah lagi selepas hijrah ini, iaitu hijrah Rasulullah dan para sahabat dari Kota Mekah ke Kota Madinah. Jadi sekiranya ada individu atau kelompok yang mengatakan bahawa adanya hijrah lagi selepas hijrah Rasulullah, maka itu adalah satu rekaan yang pasti, satu penipuan yang amat besar.
    Oleh itu, kita sebagai umat Islam,umat Nabi Muhammad, mestilah mengambil pengajaran atau pedoman daripada apa yang terdapat dalam hijrah Rasulullah .macamana cara untuk mendapat pengajaran ini?,tidak dapat tidak, kita hendaklah mengkaji sejarah berkenaan dengan hijrah, bagaimana keadaan sebelum baginda saw berangkat dari rumah untuk berhijrah, bagaimana keadaan semasa Rasulullah berhijrah, dan bagaimana keadaan selepas hijrahnya Rasulullah ke madinah.
     Antara pengajaran yang boleh kita ambil disini ialah yang pertamanya ialah kita mesti memahami apakah maksud hijrah itu sendiri.apakah pengertian yang dikehendaki daripada perkataan hijrah itu? jadi, apa yang kita dapat mestilah bertepatan dengan apa yang kita fahami daripadanya.Secara umumnya ,banyak pengertian makna hijrah ini,antara makna hijrah ialah berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain.adapun dari sudut makna lain ialah berhijrahnya Rasulullah dari Mekah ke Madinah.
     Kesimpulannya,kita pada zaman sekarang sangat jauh beza dengan keadaan semasa hijrah Rasulullah, adakah kita perlu melakukan kembali hijrah dari Mekah ke Madinah? sudah tentu tidak, jadi pengajaran yang dapat kita ambil ialah kita berhijrah atau berpindah dari perkara yang tidak baik kepada perkara yang baik, dari perkara yang baik kepada yang lebih baik.sebagai contoh, kita berpindah dari perangai buruk kepada perangai baik.atau dari jahat kepada baik.itulah yang dikehendaki sebenar dari sirah Rasulullah berkenaan dengan Hijrah disamping pengajaran dari perjuangan Rasulullah dan para sahabat untuk berdakwah menyiarkan agama Islam yang tercinta.
      oleh itu, marilah sama- sama kita bersyukur kehadrat Ilahi kerana kita maih diberi peluang untuk merenung atau berfikir seketika apa yang terkandung dalam hijrah Rasulullah itu sendiri. sama-sama  kita perbanyakkan selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw,semoga kita digolongkan dalam golongan umat Nabi Muhammad, dan diberi rahmat setiap masa dan semoga kita dapat bertemu dengan baginda saw di akhirat nanti.amin. insyaAllah.

No comments:

Post a Comment

carian