Saturday, February 14, 2009

Satelit Rusia, AS bertembung



WASHINGTON - Satelit komunikasi persendirian yang dimiliki Amerika Syarikat (AS) bertembung dengan satelit tentera Rusia dan merupakan kemalangan buruk pertama yang berlaku di angkasa lepas, kata jurucakap tentera AS, kelmarin.

Kemalangan di atas ruang udara utara Artik Rusia itu membabitkan satelit kepunyaan Satelit Iridium LLC dan satelit komunikasi Rusia, kata Kolonel Angkatan Udara, Les Kodlick dari Markas Strategik AS.

“Kami percaya ia merupakan kali pertama dua satelit bertembung di orbit,” katanya.

Menurut Kodlick, pertembungan tersebut berlaku sekitar 780 kilometer di garisan altitud Siberia yang dilalui satelit untuk memantau keadaan cuaca, melaksanakan tinjauan saintifik dan sebagai pemancar komunikasi.

“Ia adalah orbit yang sangat penting bagi kebanyakan satelit, dan kesedaran mengenai ruang angkasa perlu ditingkatkan lagi,” kata Kodlick lagi.

Pusat Operasi Angkasa Lepas Bersama (JSOC) berjaya menjejaki lebih 500 ke 600 serpihan asing baru dan sesetengahnya bersaiz sekecil 10 sentimeter sebagai tambahan kepada 18,000 termasuk objek buatan manusia lain yang berserakan di ruang angkasa.

No comments:

Post a Comment

carian