Saturday, February 28, 2009

Khalifah Umar bin Abdul Aziz

Kedudukan beliau:

Salah seorang Tabiin yang terhormat. Beliau digelarkan dengan gelaran Khulafa' Ar-Rasyidin yang kelima kerana beliau memerintah sama sebagaimana pemerintahan Khulafa' Ar-Rasyidin.
Beliau memegang teraju pemerintahan selepas Sulaiman bin Abdul Malik. Muhammad bin Ali bin Al-Husin rahimahullah berkata tentang beliau: "Kamu telah sedia maklum bahawa setiap kaum mempunyai seorang tokoh yang menonjol dan tokoh yang menonjol dari kalangan Bani Umaiyyah ialah Umar bin Abdul Aziz, beliau akan dibangkitkan di hari kiamat kelak seolah-olah beliau satu umat yang berasingan."

Kehidupan beliau menuntut ilmu:

Umar bin Abdul Aziz menuntut ilmu sejak beliau masih kecil, beliau sentiasa berada di dalam majlis ilmu bersama-sama dengan orang-orang yang pakar di dalam bidang fekah dan juga ulama-ulama. Di dalam usia beliau, beliau pernah memegang teraju pemerintahan di Madinah beberapa ketika.

Pelantikan beliau sebagai Khalifah:

Beliau dilantik menjadi Khalifah selepas kematian Sulaiman bin Abdul Malik tetapi beliau tidak suka kepada pelantikan tersebut. Lalu beliau memerintahkan supaya memanggil orang ramai untuk mendirikan sembahyang. Selepas itu orang ramai mula berpusu-pusu pergi ke masjid. Apabila mereka semua telah berkumpul, beliau bangun menyampaikan ucapan. Lantas beliau mengucapkan puji-pujian kepada Allah dan berselawat kepada Nabi s.a.w kemudian beliau berkata: "Wahai sekalian umat manusia! Aku telah diuji untuk memegang tugas ini tanpa meminta pandangan daripada aku terlebih dahulu dan bukan juga permintaan daripada aku serta tidak dibincangkan bersama dengan umat Islam. Sekarang aku membatalkan baiah yang kamu berikan kepada aku dan pilihlah seorang Khalifah yang kamu reda. Tiba-tiba orang ramai serentak berkata: Kami telah memilih kamu wahai Amirul Mukminin dan kami juga reda kepada kamu. Oleh yang demikian perintahlah kami dengan kebaikan dan keberkatan. Lalu beliau berpesan kepada orang ramai supaya bertakwa, zuhud kepada kekayaan dunia dan mendorong mereka supaya cintakan akhirat kemudian beliau berkata pula kepada mereka: "Wahai sekalian umat manusia! Sesiapa yang taat kepada Allah, dia wajib ditaati dan sesiapa yang tidak taat kepada Allah, dia tidak wajib ditaati oleh sesiapapun. Wahai sekalian umat manusia! Taatlah kamu kepada aku selagi aku taat kepada Allah di dalam memimpin kamu dan sekiranya aku tidak taat kepada Allah, janganlah sesiapa mentaati aku". Setelah itu beliau turun dari mimbar.
Peristiwa yang berlaku di antara beliau dengan anak beliau semasa memegang teraju pemerintahan:

Umar pulang ke rumah kemudian beliau masuk ke tempat tidurnya. Sebelum sempat beliau membaringkan badan, tiba-tiba anaknya Abdul Malik masuk berjumpa dengan beliau. Pada masa tersebut anak beliau berumur 17, kemudian anak beliau berkata: "Apakah yang kamu ingin lakukan wahai Amirul Mukminin?" Lalu Umar menjawab: "Anakku! Aku ingin menghilangkan kepenatan seketika kerana aku terasa terlalu letih." Selepas itu Abdul Malik berkata: "Kamu ingin menghilangkan kepenatan sebelum kamu mengembalikan barang-barang yang diambil secara zalim kepada pemilik asalnya, wahai Amirul Mukminin?" Lantas Umar menjawab: "Anakku! Kelmarin aku telah berjaga malam untuk menyelesaikan permasalahan yang berkaitan dengan bapa saudara kamu, Sulaiman, nanti apabila tiba waktu Zuhur, aku akan mendirikan sembahyang bersama-sama dengan orang ramai dan Insya Allah aku akan mengembalikan barang-barang yang diambil secara zalim kepada pemilik asalnya." Seterusnya Abdul Malik berkata lagi: "Siapakah yang dapat menjamin bahawa kamu akan terus hidup sehingga ke waktu Zuhur, wahai Amirul Mukminin?!" Mendengar kata-kata tersebut Umar terus bangkit lalu beliau cium dan peluk anaknya kemudian beliau berkata: "Segala puji bagi Allah yang telah melahirkan seorang anak dari tulang salbi aku yang boleh membantu aku di dalam perkara agama aku." Setelah itu beliau memerintahkan supaya memanggil orang ramai dengan berkata: "Sesiapa yang barang-barang mereka pernah diambil secara zalim, sila laporkan." Kemudian Umar mengembalikan barang-barang yang diambil secara zalim kepada pemilik asalnya"

Keadilan beliau:

Umar rahimahullah pernah menghimpunkan sekumpulan ahli fekah dan ulama kemudian beliau berkata kepada mereka: "Aku menghimpunkan kamu semua untuk bertanya pendapat tentang perkara yang berkaitan dengan barangan yang diambil secara zalim yang masih berada bersama-sama dengan keluarga aku?" Lalu mereka menjawab: "Wahai Amirul Mukminin! Perkara tersebut berlaku bukan pada masa pemerintahan kamu dan dosa kezaliman tersebut ditanggung oleh orang yang mencerobohnya." Walau bagaimanapun Umar tidak puas hati dengan jawapan tersebut sebaliknya beliau menerima pendapat daripada kumpulan yang lain termasuk anak beliau sendiri Abdul Malik yang berkata kepada beliau: "Aku berpendapat bahawa ia hendaklah dikembalikan kepada pemilik asalnya selagi kamu mengetahuinya. Sekiranya kamu tidak mengembalikannya, kamu akan menanggung dosa bersama-sama dengan orang yang mengambilnya secara zalim." Umar berpuas hati mendengar pendapat tersebut lalu beliau mengembalikan semula barangan yang diambil secara zalim kepada pemilik asalnya.

Kematian beliau:

Pemerintahan beliau hanya berjalan selama beberapa ketika iaitu tidak melebihi dua tahun setengah sahaja. Kemudian beliau meninggal dunia kerana akibat konspirasi yang dirancang oleh musuh2 islam iaitu beliau diracun melalui makanan,dan beliau kembali kepada Tuhannya dalam keadaan berlaku adil kepada rakyatnya dengan menjalankan pemerintahan sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah s.w.t.

Thursday, February 26, 2009

Bagaimana Menghilangkan Marah

assalamualaikum wbt

Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi besar ego seseorang lagi besar marahnya. Ini berkaitan pula dengan kedudukan seseorang. Kalau tinggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak hartanya, ramai pengikutnya, maka akan tinggilah ego seseorang dan akan menjadi-jadilah pemarahnya. Sebaliknya jikalau kurang segalanya, maka akan kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya.

Sifat pemarah ini ada pada hampir semua orang seperti juga hasad dengki. Kenapa kita mesti marah ? Telah berkata Mujahid di dalam sebuah bait syair : "Takdir Allah telah putus dan putusan Allah telah terjadi. Istirehatkan hati dari kata-kata "Barangkali" dan "Kalau".

Setiap kelemahan dan kesilapan manusia adalah ujian untuk kita. Allah mahu melihat bagaimana sabarnya kita dan malunya kita kepada Allah dengan mengucapkan " Inna lillahi wainna lillahi raji'un.". Pernah ditanya Ahnaf bin Qais, bagaimana dia boleh mengekalkan sifatnya yang lemah lembut itu. Ahnaf menjawab : " Aku belajar dengan Qais bin Asim iaitu pada satu hari sedang berehat-rehat, masuk hambanya membawa panggang besi yang berisi daging panggang
yang masih panas. Belum sempatdaging itu diletakkan dihadapan Qias, tanpa sengaja besi pemanggang yang panas itu jatuh terkena anak kecil Qais. Menjerit-jeritlah si anak, kesakitan dan kepanasan sehingga meninggal dunia. Qais yang melihat peristiwa itu dengan tenang berkata kepada hambanya yang sedang pucat dan menunggu hukuman " Aku bukan sahaja tidak marah kepada kamu tetapi muali hari ini aku akan membebaskan kamu." Begitulah sopan santunnya dan pemaafnya Qais bin Asim" Kata Ahnaf mengakhiri ceritanya.

Bukannya Qais tidak menyayangi anaknya tetapi Qais memandang segala kejadian itu adalah dari Allah. Jikalau dia bertindak memarahi hambanya, maka hakikatnya dia memarahi Allah. Dia redha dengan ujian yang ditimpakan kepadanya. Tidak ada di dalam kamus hidupnya
perkataan kalau atau barangkali. Hatinya tidak terasa dia " tuan" kerana apa yang ada padanya dirasakan amanah dari Allah. Yang bila sampai ketikanya Allah akan ambil kembali.

Kita mesti ubati hati kita. Kita kita mesti membuangkan rasa rasa "ketuanan" kita yang menyebabkan kita menjadi pemarah dengan melakukan mujahadatun nafsi. Di antara langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah :

a) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s.w.t akan segala
tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap
biadab kita.

b) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia
yang hina.

c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah
selamatkan kita daripada sifat marah.

d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan
membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda
marahi.

e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang
marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau
anda di dalam keadaan yang marah.

f) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta'awwuz ( A'uzubillahi
minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.

g) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu keranawudhu dapat
menenangkan api kemarahan yang sedang membara.

h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas,
hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila
bangkit daripada tidur

i) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah
dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah.

Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka
begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka
dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang.

wassalam

Tuesday, February 17, 2009

Peristiwa Hajarul Aswad

MAKA dengan rahmat Allah, menjadi lunaklah hati engkau (ya Muhammad) terhadap mereka. Kalau sekiranya engkau berbudi jahat, berhati kasar, nescaya bercerai-berailah mereka menjauhi engkau, maka maafkanlah mereka dan minta ampunlah untuk mereka dan bermesyuaratlah dengan mereka tentang urusan itu. Apabila engkau telah bercita-cita (yang tetap), maka bertawakallah kepada Allah s.w.t.. Sesungguhnya Allah s.w.t. mengasihi orang-orang yang bertawakal. (Ali Imran: 159)

KETIKA Nabi Muhammad s.a.w. berusia dalam lingkungan awal 30-an, kota Mekah pernah dilanda banjir besar. Banjir besar itu telah menyebabkan sebahagian daripada Kaabah runtuh.

Setelah banjir surut, orang Quraisy membina Kaabah semula. Rasulullah juga menolong mereka.

Semasa bekerja membina Kaabah, semua suku kaum Quraisy bekerja bersama, sedangkan mereka sering bertelagah sebelum ini. Mereka bersama-sama membina Kaabah yang rosak itu. Apabila siap, semua pihak mula berselisih faham. Setiap suku berebut hendak meletakkan Hajarul Aswad di tempat asalnya.

“Suku akulah yang paling suci. Hajarul Aswad adalah batu suci. Jadi akulah yang layak meletakkan batu itu ke tempatnya,” kata salah seorang ketua suku kaum Quraisy dengan lantang.

“Tak boleh!” Tingkah yang lain. “Kaum aku tinggal lebih dekat dengan Kaabah. Maka kamilah yang layak.”

“Kami pun ada hak juga,” jerit suku kaum yang lain pula.

Perselisihan itu makin melarat. Hampir-hampir sahaja suku kaum itu hendak berperang sesama sendiri. Ketua-ketua mereka segera berbincang mencari jalan penyelesaian. Tiba-tiba bangun seorang lelaki bernama Huzaifah.

“Aku cadangkan supaya kita pilih seseorang. Orang itu akan memilih suku mana yang layak untuk meletakkan Hajarul Aswad,” cadang Huzaifah.

“Bagus cadangan itu, tapi kita hendak pilih siapa?” tanya seorang ketua suku.

“Apa susah, kita pilih saja salah seorang daripada kita.”

“Eh, mana boleh!,” tingkah Huzaifah.

“Kalau kita pilih daripada kalangan kita, tentulah tidak adil. Apa kata kalau kita suruh orang lain. Pagi esok sesiapa yang pertama memasuki Kaabah, dialah yang akan memilih suku mana yang layak untuk meletakkan Hajarul Aswad,” cadang Huzaifah.

Cadangan Huzaifah itu dipersetujui oleh semua yang ada di situ. Keesokkan harinya, ketua-ketua kaum itu bersembunyi untuk melihat siapakah yang mula-mula memasuki Kaabah.
Tidak lama kemudian, seorang lelaki menuju ke Kaabah. Ketika itu hari masih terlalu awal dan kebanyakan penduduk Mekah masih tidur.

“Eh, itu macam Muhammad!” kata seorang ketua suku.

“Ya, benar. Nampaknya kita bertuah kerana orang yang kita nantikan adalah orang yang boleh kita percayai,” sahut yang lain.

Kemudian mereka mendapatkan Rasulullah dan mengadu masalah mereka. Baginda Rasulullah berfikir sejenak, lalu membentangkan serban Baginda.

Baginda mengambil batu Hajarul Aswad dan meletakkan ke atas serbannya. Semua ketua suku diminta memegang tiap-tiap hujung serban itu.
Setelah itu, Rasulullah menyuruh mereka mengangkat serban itu bersama-sama. Apabila sampai di tempatnya. Rasulullah sendiri meletakkan Hajarul Aswad itu di tempat asalnya.
Cara Rasulullah itu sangat adil. Semua suku kaum itu sangat berpuas hati. Mereka memuji-muji kebijaksanaan Rasulullah.

Baginda sedar bahawa mereka sangat gembira. Baginda berharap suku-suku kaum Quraisy itu akan terus berbaik-baik dan tidak bergaduh lagi.

- Petikan daripada buku Untaian 366 Kisah Daripada al-Quran, Edusystem Sdn. Bhd. Tel: 03-6137 9220 atau e-mel: edusb@streamyx. com.

PENGAJARAN

*Sesuatu perkara penting hendaklah dibincangkan bersama, sebelum keputusan dibuat.

*Apabila sesuatu hal tidak dapat diselesaikan dan menemui jalan buntu, hendaklah perkara itu dirujuk kepada orang yang lebih arif.

PERBENDAHARAAN KATA

bertelagah: berselisih faham
suku: kaum
membentangkan: menghamparkan
serban: kain diikat di kepala

INFORMASI

Menurut sejarahnya, Hajarul Aswad diturunkan oleh Allah dari langit ke atas Jabal Qubais. Ia merupakan sebiji permata putih tapi lama kelamaan dikatakan menjadi hitam akibat disentuh oleh orang-orang kafir.

Saturday, February 14, 2009

Satelit Rusia, AS bertembung



WASHINGTON - Satelit komunikasi persendirian yang dimiliki Amerika Syarikat (AS) bertembung dengan satelit tentera Rusia dan merupakan kemalangan buruk pertama yang berlaku di angkasa lepas, kata jurucakap tentera AS, kelmarin.

Kemalangan di atas ruang udara utara Artik Rusia itu membabitkan satelit kepunyaan Satelit Iridium LLC dan satelit komunikasi Rusia, kata Kolonel Angkatan Udara, Les Kodlick dari Markas Strategik AS.

“Kami percaya ia merupakan kali pertama dua satelit bertembung di orbit,” katanya.

Menurut Kodlick, pertembungan tersebut berlaku sekitar 780 kilometer di garisan altitud Siberia yang dilalui satelit untuk memantau keadaan cuaca, melaksanakan tinjauan saintifik dan sebagai pemancar komunikasi.

“Ia adalah orbit yang sangat penting bagi kebanyakan satelit, dan kesedaran mengenai ruang angkasa perlu ditingkatkan lagi,” kata Kodlick lagi.

Pusat Operasi Angkasa Lepas Bersama (JSOC) berjaya menjejaki lebih 500 ke 600 serpihan asing baru dan sesetengahnya bersaiz sekecil 10 sentimeter sebagai tambahan kepada 18,000 termasuk objek buatan manusia lain yang berserakan di ruang angkasa.

Pilihan tempat duduk ( AIR ASIA)



AirAsia Bhd (AirAsia) memperkenalkan produk inovasi baru, ‘Pilih Tempat Duduk’ di jangkakan dapat menarik penumpang baru dan perolehannya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datuk Seri Tony Fernandes berkata, pihaknya yakin dengan jangkaan tersebut memandangkan sebelum ini orang tidak menggunakan perkhidmatan AirAsia kerana pilihan tempat duduk adalah bebas.

“Sebagai syarikat penerbangan tambang murah, kami mahu setanding dengan syarikat penerbangan servis penuh yang lain dari segi perkhidmatan.

“Ia tidak akan menjejaskan harga tambang yang masih rendah kerana AirAsia mahu memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan dari kumpulan yang berbeza seperti korporat, sektor awam, belia dan keluarga,” katanya selepas melancarkan perkhidmatan itu di Kuala Lumpur.

Sebelum ini, pilihan tempat duduk hanya diperkenalkan kepada penumpang AirAsia X dan ia mula dijual bagi penerbangan AirAsia sejak 5 Februari lalu untuk penerbangan bermula 17 Februari ini.

Beliau berkata, pihaknya memberi peluang kepada penumpang menikmati penerbangan bajet dengan memilih apa yang mereka mahukan.

“Selain itu, kami percaya inisiatif ini dapat membawa lebih ramai pelancong datang ke Malaysia walaupun dalam keadaan ekonomi yang lembap,” katanya.

Terdapat dua kategori iaitu ‘Hot Seat’ dan ‘Standard Seat’ yang dikenakan caj masing-masing sebanyak RM25 dan RM5 bagi penerbangan sehala.

‘Hot Seat’ merupakan tempat duduk di lima barisan hadapan dan dua barisan di pintu kecemasan kabin pesawat, manakala ‘Standard Seat’ pula pilihan mana-mana tempat duduk dalam pesawat.

Penumpang yang memilih ‘Hot Seat’ akan menikmati ‘Xpress Boarding’ di mana mereka berpeluang mendapat keutamaan menjadi antara pelanggan berada dalam pesawat.

“Perolehan dari segi pendapatan melalui Xpress Boarding sebanyak RM2 juta sebulan dan produk baru ini dijangkakan dapat meningkatkan jumlah itu,” katanya.

Wednesday, February 11, 2009

Rakyat Malaysia tidak perlu visa ke Britain (UK)

KUALA LUMPUR 10 Feb. – Kerajaan United Kingdom (UK) memutuskan untuk tidak mengenakan keperluan visa kepada pemegang pasport Malaysia, menurut Kementerian Luar dalam kenyataannya hari ini.

Sehubungan itu, menurut kenyataan tersebut, Malaysia akan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) Kerjasama Imigresen dengan UK tidak lama lagi bagi meningkatkan kerjasama dalam bidang berkenaan.

“Malaysia mengalu-alukan keputusan kerajaan UK itu dan amat gembira atas kerjasama serta bantuan yang diberikan pihak berkuasa UK dalam perkara ini,’’ menurut kenyataan itu.

Kerajaan UK sebelum ini merancang menguatkuasakan syarat visa ke atas rakyat Malaysia yang akan memasuki negara itu dan memberikan tempoh enam bulan dari Disember tahun lalu untuk menyelesaikan masalah rakyat Malaysia yang tinggal melebihi tempoh.

Kementerian Luar bagaimanapun meminta kerajaan UK menangguhkan syarat itu bagi menyelesaikan masalah tersebut. Satu laporan menyebut lebih 30,000 rakyat Malaysia tinggal melebihi tempoh di negara itu.

Kenyataan itu menambah, melalui MoU tersebut, Malaysia akan memastikan tahap keselamatan yang tinggi di semua lapangan terbang antarabangsa bagi menghalang negara ini menjadi pusat transit pendatang tanpa izin yang ingin memasuki UK.

“Malaysia akan menggunakan pengalamannya dalam perkara ini untuk menghadapi cabaran-cabaran baru isu migrasi pada masa hadapan,” jelas kementerian itu.

Kenyataan itu menyebut, pihak berkuasa Malaysia juga akan terus mengenakan hukuman kepada mereka yang tinggal melebihi tempoh dibenarkan dan bekerja secara haram di UK.Dengan kata lain,tidak boleh mana-mana pemegang passport Malaysia bekerja secara haram di Uk.

“Usaha juga akan terus dilakukan bagi meningkatkan kempen kesedaran rakyat negara ini supaya tidak melanggar peraturan imigresen UK,” tambah kenyataan itu.

Dipetik dari Utusan Malaysia Online.

Sunday, February 8, 2009

India Melarang Sebarang Senjata Nuklear


India telah mengusulkan satu konvension antarabangsa untuk mengisytiharkan larangan penggunaan senjata nuklear oleh kilang-kilang senjata demi mengurangkan kesan yang bahaya kepada manusia.
Ucapan pada konferen keselamatan antarabangsa di Munich, Penasihat Keamanan Nasional M K Narayanan menggariskan bahawa India telah melakukan serta telah berkuatkuasa,dan dari sokongan yang padu penyokong tetap sedunia metentukan agar melucutkan senjata nuklear yang tidak berdiskriminasi .
"Bahkan pada hari ini,mungkin India adalah satu-satunya negara senjata nuklear yang memaksa untuk menyiapkan rundingan Konvensi Senjata Nuklear yang menghala ke arah global, tidak-diskriminatif dan untuk menghapuskan senjata nuklear," ujarnya pada hari Jumat baru-baru ini ketika berucap dalam tajuk 'Non-proliferasi , Arms control dan Future dari Senjata Nuklear; Zero is Possible?
Berdasarkan plan tindakan yang diusulkan oleh India ketika Persidangan Umum PBB pada tahun 1988 untuk menyelesaikan penghapusan semua senjata nuklear secara berperingkat pada tahun 2010, katanya inisiatif yang paling difahami dan relevan adalah pada hari ini.
Beliau membuat beberapa cadangan untuk mengurangkan kesan-kesan risiko senjata atom, termasuk satu rundingan Konvension lengkap diadakan berkenaan larangan penggunaan senjata nuklear.Cadangan yang lain termasuk pengakuan semula persetujuan yang jelas oleh semua negara bersenjata nuklear yang lengkap berkenaan untuk menghapuskan senjata nuklear; pengurangan senjata nuklear dalam doktrin keamanan; pengurangan bahaya nuklear, termasuk kesan risiko perang nuklear secara tidak disengajakan, dari penjagaan senjata nuklear untuk mengelak kemalangan yang tidak disengajakan dari penggunaan senjata nuklir.
Narayanan juga menegaskan bahawa perlunya kesepakatan antara pertubuhan senjata nuklear sedunia berdasarkan slogan 'tiada penggunaan utama' dari senjata nuklear,serta sokongan semua negara yang mempunyai nuklear agar mengikut undang-undang dan tidak melanggar perjanjian menggunakan senjata nuklear terhadap negara-negara yang tiada senjata nuklear.
Cadangan itu juga termasuk rundingan pada konvension senjata nuklear untuk menyekat perkembangan,penghasilan,dan penggunaan bahan nuklear dan pemusnahannya.
Narayan juga merasa kesal kerana walaupun pada akhir perang dingin,masih belum ada sebarang perubahan ketara dalam pusat bahan nuklear berkaitan doktrin keselamatan utama tentang kuasa bahan nuklear.Penerangan mestilah jelas dan menghantar dengan segera beberapa pasukan untuk mencapai matlamat ini.Hal ini akan berlaku untuk NPT serta Negara-negara non-NPT, 'katanya lagi.
India telah membuat satu pendekatan untuk pelucutan senjata nuklear, tidak menghasilkan bahan-bahan nuklear,serta perluasan dibawah kawalan.Dan semuanya dipercayai ada kaitan rapat antara satu sama lain.
Sekatan penghasilan nuklear ini tidak dapat diatasi dengan sendirinya,tetapi hendaklah melalui gencatan senjata nuklear secara berkesan,' katanya lagi.Narayan berkata genjatan senjata nuklear dan sekatan penghasilan nuklear harus dilihat kepada kerjasama semua negara yang terlibat dan bukan hanya sebahagian negara sahaja,untuk memastikan keamanan dunia.
Anggapan kita tentang kawalan melalui isu keamanan adalah mudah untuk mengekalkan senjata nuklear di dalam tangan sebahagian pihak.Sekatan penghasilan bahan nuklear adalah kesan dari campurtangan kawalan pihak tentera.Narayan mengatakan bahawa India sudah bersedia untuk terlibat dengan pelbagai penyokong untuk menjayakan gencatan senjatan nuklear dan berharap untuk menyumbang dalam inisiatif tersebut.

Wednesday, February 4, 2009

Pengeluaran NAND flash memory chips akan dikurangkan...

Hai,apa khabar semua??? Hari ini saya ingin memberitahu satu berita terbaru kepada mana-mana pengguna barangan yang diakseskan dengan cip memori,samada handphone ,mp3 player atau mana-mana barangan elektronik yang guna cip memori.
Pada hari semalam,Selasa,4Februari 2009,Japan's Toshiba dikatakan akan mengurangkan pengeluaran NAND flash cip memori yg digunakan pada iPods atau mana-mana pemain muzik digital yang lain pada kadar 30% disebabkan krisis ekonomi yg melanda

Sebagaimana pengurangan pada cip memori yang dibuat di pusat Mie Prefecture dari Januari lalu, Toshiba akan menggantungkan operasi mana-mana kilang utama semikondukter lebih darr 25 hari untuk menjawab permintaan yang melebihi.
Kemelesetan ekonomi dunia dan menurunnya permintaan pelanggan telah memberi kesan hentaman disebaliknya kepada semikondukter... kenyataan dari syarikat kompani .
Ini merupakan maklumat yang ketara dalam NAND cip memori,dimana berkurangnya tuntutan applikasi seperti kad memori dan pemain mp3 yg telah dihasilkan oleh pembekal akses...tambahannya lagi.


Toshiba merupakan pengilang yang terkemuka dalam pengeluaran NAND cip memori dan telah melabur dengan banyak dalam tahun-tahun kebelakangan ini untuk memperkenal barangan dan menemukan tuntutan yang tingi dan pantas.
Tetapi bagi kumpulan ini,yang berminat pada bidang elektronik dan tenaga nuklear,telah kerugian sebanyak US 297 juta di dalam dasar suku kedua yang dijangka pada kejatuhan harga cip itu dan pada yen adalah lebih besar nilai kerugian. Toshiba merancang untuk memberhentikan sebanyak 160 pekerja sementara di kilang di selatan kepulauan Kyushu...

dipetik dari : the Nikkei business daily reported on Tuesday.

carian